Sewa kereta untuk buat Grab

Ada orang tanya aku, berbaloi ke sewa kereta untuk buat Grab?Banyak iklan dekat Mudah.my yang tawarkan sewa secara mingguan untuk sesiapa yang berminat.Pada aku, kalau kau sanggup kerja 16 jam sehari, kejar trip yang lebih 20-30 trip sehari, bolehlah sewa kereta.Tapi kena ingat. Kos kau berganda daripada orang yang guna kereta sendiri untuk buat Grab.Kalau sewa kereta seminggu RM400. Sebulan dah RM1,600. Jumlah yang sepatutnya jadi income kau.Itu belum campur petrol, GrapPay untuk komisen Grab dan tol.Kalau memang kau suka dan enjoy kerja long hours macam tu, silakan.Kalau tak, elakkan sewa kereta untuk buat Grab. Sebab kereta yang kau dapat belum tentu berbaloi. Mungkin dah rosak sana sini. Mungkin kuat makan minyak sebab dah ramai yang pakai. Performance dia pun arguable.Bergantung pada nasib kau lah kalau dapat kereta yang bagus untuk disewa dan menjimatkan petrol.Sebab kos petrol adalah kos utama semasa kau memandu untuk Grab. Jadi, fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Silap percaturan, kau buat ‘amal jariah’ sahaja.

Advertisements

Bukan mudah jadi owner shoplot

Semalam masa drive Grab, aku dapatlah satu customer dari Gleneagles ke Pandan Indah.Seorang auntie naik sambil tengah bercakap di telefon.Aku pun terus mulakan perjalanan. Sambilcuri-curi dengar apa yang dibualkan. Jahat betul.Lepas beberapa ketika, dia habis bercakap telefon dan terus mengadu pada aku akan perangai penyewa shoplot dia.Penyewa dia sudah beberapa bulan tak bayar sewa. Bil elektrik dan air juga tertunggak.Sekarang semuanya online. Kau tak boleh tipu kalau masih belum bayar bil.Jadi, auntie ni suruhlah penyewa dia keluar selepas beberapa kali diberi amaran. Penyewa marah sebab dia masih ada deposit.Sedangkan, penyewa ini hanya menyambung perjanjian asal arwah suaminya yang dah menyewa selama lebih 20 tahun.Atas dasar kasihan, auntie ni sambung saja perjanjian itu tanpa meminta sebarang deposit baru. Apa lagi menaikkan kadar sewa.Penyewa itu marah-marah, bercakap kasar meminta dipulangkan deposit yang tak wujud. Bukan itu saja, kedainya juga dipecahkan kepada beberapa bahagian dan disewakan kepada peniaga lain tanpa kebenaran.Dia siap buat untung lagi!Aku yang mendengar pun rasa marah. Orang dah bertimbang-rasa membantu, dianiaya pula. Malah diugut mahu ambil tindakan mahkamah.Macam-macam hal sekarang ni. Kadang-kadang ia bukan soal ekonomi tetapi lebih kepada sifat tamak. Bukan mudah jadi owner shoplot. Lagi-lagi kalau kawasan yang dahulunya dijangka akan berkembang, kekal mundur berpuluh-puluh tahun.Kalau dapat penyewa yang memeningkan macam ni, lagilah sukar menjadi owner sesuatu shoplot.Bukan mudah nak cari pengganti untuk penyewa itu.

Penapis Air Cuckoo Murah

Penapis air Cuckoo yang menang Readers Digest Brand Awards 2018 memang murah. King Top antara model terlaris sebab boleh dilanggan dengan bayaran serendah RM56.60 sebulan untuk kontrak 84 bulan.Laku sangat sampai 10 ribu unit habis dalam dua hari pertama setiap bulan.Kena tempah sekarang kalau nak grab penapis air Cuckoo King Top dengan bayaran tak sampai RM2 pun sehari.Kenapa kena pasang penapis air ni dekat rumah? It’s all about convenience.Siapa je larat nak masak air atas dapur gas kemudian kena tukar ke bekas lain setiap hari. Para isteri hatta suri rumah pun setuju, benda ni meletihkan. Kan mudah kalau tekan aje dah dapat air panas atau air sejuk.Anak-anak nak minum air kosong pun senang. Mommies out there yang nak hidup lagi mudah, jom preorder King Top untuk bayaran RM56.60 sebulan.No worries sebab tak perlu slip gaji. Tak perlu deposit. Even student pun boleh apply sama.Just whatsapp ke 016-270 9425 sekarang.

Cara Nak Jadi Kaya

Zaman sekarang banyak dah buku ajar cara nak jadi kaya. Aku pun ada baca beberapa buku.

Basically, cara nak jadi kaya ni tak adalah susah mana. Kau gaji kecik pun boleh jadi kaya.

Tapi, kena ada ilmu lah. Ilmu yang betul. Bukan ilmu karut-marut.

Zaman sekarang ni untung sangat. Ramai orang sudi ajar cara nak jadi kaya. Guna saham, hartanah. Even business. Aku rasa dulu kurang. Maybe sekarang ramai dan mudah sebab ada Facebook.

Kalau kau sanggup spend masa untuk belajar ilmu2 betul ni, mesti boleh kaya.

Paling tidak, boleh pencen dgn selesa.

Takkan tak tahu lagi, EPF kau yang ada baki RM100 ribu, RM200ribu waktu kau pencen umur 60 tahun tu, habis dalam 2 tahun aje.

Aku buat kira2, kalau belanja kau sebulan cukup dengan RM2,000 sebulan, by the time kau umur 60 tahun dan pencen, kau kena ada RM6,000 sebulan untuk tampung belanja yang sama.

Ini semua sebab inflasi.

Biasanya orang pencen umur 60 tahun, panjang umur dia boleh cecah 75-77 tahun.

Dekat 20 tahun lagi duit belanja kena ada. Nak ada RM6,000 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas pencen tu, kena simpan duit dari sekarang.

Berapa banyak nak kena simpan? RM4 juta.

Banyak tu.

Dengan gaji kau sekarang, bolehke dapat banyak tu? Mesti susah tapi tak mustahil.

Jadi, cara nak jadi kaya sampai dapat simpan RM4 juta, kenalah usaha untuk simpan duit dalam ASB ke, TH ke. Belajar beli jual hartanah. Atau sewakan rumah sampai kau dapat cashflow RM6,000 sebulan  by the time kau umur 60 tahun.

Orang kaya dia simpan sebahagian besar gaji dia. Atau untung bisnes dia. Dia simpan. Then dia laburkan dalam ASB ke, saham ke. Dapat dividen, dia tak sentuh. Dia biarkan modal dan dividen tu berkembang. Supaya jadi lagi banyak dan banyak.

Itu je cara orang kaya. Dia biakkan modal dia sampai dapat dividen. Then dividen tu sendiri akan membiak, dapatkan dividen lagi banyak. Proses ni aje orang kaya guna.

Dia laburkan duit dia dalam benda yang berkembang. Orang kaya tak banyak belanja. Dia fikir cara nak tambah harta. Ramai sebenarnya orang makan gaji, jadi kaya. Sebab dia simpan duit gaji dan labur dalam ASB, beli rumah untuk disewakan dan macam-macam lagi.

Kalau kau masih lagi pergi mall tiap minggu, memang lambat sikitlah nak kaya. Dan kalau masih buat personal loan untuk tutup personal loan lama, memang lambatlah nak beli rumah even rumah lelong harga RM20 ribu.

Duit gaji habis bayar loan sebab nafsu orang miskin dan sederhana ni tinggi. Sedangkan kemampuan dia rendah.

Duit banyak habis dekat benda tak penting. Dia jadi segan nak beli buku, atau pergi seminar untuk belajar beli rumah lelong.

Ada buku harga RM30 pun jadi beban. Tapi tak kisah beli rokok RM17 sehari.

Cara nak jadi kaya, kena ubah diri. Kena rajin cari ilmu. Kalau kena bayar, bayarlah.

Banyak buku berguna dan murah aku boleh suggest. Harga tak mahal mana.

Mahal lagi sport rim kereta yang menyusut nilai setiap hari tu.

Jom jadi kaya.