Bukan mudah jadi owner shoplot

Semalam masa drive Grab, aku dapatlah satu customer dari Gleneagles ke Pandan Indah.Seorang auntie naik sambil tengah bercakap di telefon.Aku pun terus mulakan perjalanan. Sambilcuri-curi dengar apa yang dibualkan. Jahat betul.Lepas beberapa ketika, dia habis bercakap telefon dan terus mengadu pada aku akan perangai penyewa shoplot dia.Penyewa dia sudah beberapa bulan tak bayar sewa. Bil elektrik dan air juga tertunggak.Sekarang semuanya online. Kau tak boleh tipu kalau masih belum bayar bil.Jadi, auntie ni suruhlah penyewa dia keluar selepas beberapa kali diberi amaran. Penyewa marah sebab dia masih ada deposit.Sedangkan, penyewa ini hanya menyambung perjanjian asal arwah suaminya yang dah menyewa selama lebih 20 tahun.Atas dasar kasihan, auntie ni sambung saja perjanjian itu tanpa meminta sebarang deposit baru. Apa lagi menaikkan kadar sewa.Penyewa itu marah-marah, bercakap kasar meminta dipulangkan deposit yang tak wujud. Bukan itu saja, kedainya juga dipecahkan kepada beberapa bahagian dan disewakan kepada peniaga lain tanpa kebenaran.Dia siap buat untung lagi!Aku yang mendengar pun rasa marah. Orang dah bertimbang-rasa membantu, dianiaya pula. Malah diugut mahu ambil tindakan mahkamah.Macam-macam hal sekarang ni. Kadang-kadang ia bukan soal ekonomi tetapi lebih kepada sifat tamak. Bukan mudah jadi owner shoplot. Lagi-lagi kalau kawasan yang dahulunya dijangka akan berkembang, kekal mundur berpuluh-puluh tahun.Kalau dapat penyewa yang memeningkan macam ni, lagilah sukar menjadi owner sesuatu shoplot.Bukan mudah nak cari pengganti untuk penyewa itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s