Cara Nak Jadi Kaya

Zaman sekarang banyak dah buku ajar cara nak jadi kaya. Aku pun ada baca beberapa buku.

Basically, cara nak jadi kaya ni tak adalah susah mana. Kau gaji kecik pun boleh jadi kaya.

Tapi, kena ada ilmu lah. Ilmu yang betul. Bukan ilmu karut-marut.

Zaman sekarang ni untung sangat. Ramai orang sudi ajar cara nak jadi kaya. Guna saham, hartanah. Even business. Aku rasa dulu kurang. Maybe sekarang ramai dan mudah sebab ada Facebook.

Kalau kau sanggup spend masa untuk belajar ilmu2 betul ni, mesti boleh kaya.

Paling tidak, boleh pencen dgn selesa.

Takkan tak tahu lagi, EPF kau yang ada baki RM100 ribu, RM200ribu waktu kau pencen umur 60 tahun tu, habis dalam 2 tahun aje.

Aku buat kira2, kalau belanja kau sebulan cukup dengan RM2,000 sebulan, by the time kau umur 60 tahun dan pencen, kau kena ada RM6,000 sebulan untuk tampung belanja yang sama.

Ini semua sebab inflasi.

Biasanya orang pencen umur 60 tahun, panjang umur dia boleh cecah 75-77 tahun.

Dekat 20 tahun lagi duit belanja kena ada. Nak ada RM6,000 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas pencen tu, kena simpan duit dari sekarang.

Berapa banyak nak kena simpan? RM4 juta.

Banyak tu.

Dengan gaji kau sekarang, bolehke dapat banyak tu? Mesti susah tapi tak mustahil.

Jadi, cara nak jadi kaya sampai dapat simpan RM4 juta, kenalah usaha untuk simpan duit dalam ASB ke, TH ke. Belajar beli jual hartanah. Atau sewakan rumah sampai kau dapat cashflow RM6,000 sebulan  by the time kau umur 60 tahun.

Orang kaya dia simpan sebahagian besar gaji dia. Atau untung bisnes dia. Dia simpan. Then dia laburkan dalam ASB ke, saham ke. Dapat dividen, dia tak sentuh. Dia biarkan modal dan dividen tu berkembang. Supaya jadi lagi banyak dan banyak.

Itu je cara orang kaya. Dia biakkan modal dia sampai dapat dividen. Then dividen tu sendiri akan membiak, dapatkan dividen lagi banyak. Proses ni aje orang kaya guna.

Dia laburkan duit dia dalam benda yang berkembang. Orang kaya tak banyak belanja. Dia fikir cara nak tambah harta. Ramai sebenarnya orang makan gaji, jadi kaya. Sebab dia simpan duit gaji dan labur dalam ASB, beli rumah untuk disewakan dan macam-macam lagi.

Kalau kau masih lagi pergi mall tiap minggu, memang lambat sikitlah nak kaya. Dan kalau masih buat personal loan untuk tutup personal loan lama, memang lambatlah nak beli rumah even rumah lelong harga RM20 ribu.

Duit gaji habis bayar loan sebab nafsu orang miskin dan sederhana ni tinggi. Sedangkan kemampuan dia rendah.

Duit banyak habis dekat benda tak penting. Dia jadi segan nak beli buku, atau pergi seminar untuk belajar beli rumah lelong.

Ada buku harga RM30 pun jadi beban. Tapi tak kisah beli rokok RM17 sehari.

Cara nak jadi kaya, kena ubah diri. Kena rajin cari ilmu. Kalau kena bayar, bayarlah.

Banyak buku berguna dan murah aku boleh suggest. Harga tak mahal mana.

Mahal lagi sport rim kereta yang menyusut nilai setiap hari tu.

Jom jadi kaya.

Advertisements

2 thoughts on “Cara Nak Jadi Kaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s